5 Sebab Utama Pinjaman Perumahan Anda Ditolak Bank
“Mat, kecewa aku. Minggu lepas aku apply loan rumah. Result dah keluar, tapi reject. Frust aku.”
Mungkin dialog seakan ini sudah biasa anda dengar apabila berborak dengan rakan sekerja mahupun ahli keluarga .
Ini telah memyebabkan banyak pihak yang terlibat dalam urusan pembelian berkenaan telah rugi dari segi masa dan sebagainya.
Untuk memastikan anda dan pihak yang lain terlibat tidak kerugian terutamanya daripada membuang masa yang begitu berharga. Pastikan anda tidak tergolong daripada semua ciri-ciri dibawah:
 Rekod CCRIS Yang Buruk
Tidak berdisplin membayar komitmen/pinjaman sedia ada seperti pinjaman kereta, peribadi, PTPTN dan sebagainya pada hari atau tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak. Jikalau anda tidak pasti keadaan rekod CCRIS semasa, boleh terus ke KIOSK CCRIS yang disediakan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM). Hanya perlukan “thumb scan” dan kad pengenalan sahaja.
Komitmen sedia ada Yang Tinggi
Komitmen yang dimaksudkan adalah seperti pinjaman kereta, pinjaman peribadi, PTPTN dan sebagainya dimana ia mempunyai kaitan dengan pihak bank. Jumlah maksimum yang dibolehkan adalah tidak melebih 30% daripada gaji bersih anda. Jika anda tidak pasti berapa komitmen anda yang mempunyai kaitan dengan bank, disarankan dapatkan dahulu rekod CCRIS anda seperti yang dinyatakan di butiran diatas.
Tidak Mempunyai Duit Simpanan
Duit simpanan merupakan satu kelebihan untuk anda jika dapat dibuktikan berdasarkan penyata akaun ASB, Tabung Haji, Fixed Deposit atau sebagainya semasa memohon pinjaman. Berdasarkan duit simpanan tersebut, pihak bank boleh menilai dan mengkategorikan anda sebagai peminjam yang baik atau tidak baik. Jika tidak langsung mempunyai simpanan apabila sudah berkerja lama, bank menanggap bahawa pemohon adalah boros, tidak membelanja duit gaji dengan berhemat, dan berkemungkinan tidak mampu membayar ansuran jika pembiayaan/pinjaman diluluskan kelak.
Peminjam yang baik adalah peminjam yang berdisplin membayar apabila tiba waktu bayaran yang telah ditetapkan.
Peminjam yang tidak baik adalah peminjam yang tidak mampu membayar atau lewat membayar ansuran seperti mana yang telah ditetapkan
Tidak “declare Income Tax” atau tidak mempunyai caruman KWSP
 Jika anda tidak “declare Income Tax” atau tidak mempunyai caruman KWSP, bank beranggapan bahawa “income” yang anda nyatakan ketika pemohonan tidak tulen atau ada unsur  penipuan. Boleh dikatakan majoriti bank tempatan mempunyai polisi yang menetapkan pemohon mestilah melampirkan penyata “income tax” atau caruman KWSP.
*Ini hanya terpakai kepada individu yang menjalankan perniagaan sendiri, pendapatan yang hanya berdasarkan komisen dan sebagainya.Â
Ukur Ketebalan “Poket” Di seluar Orang Lain
Tidak salah berimpian besar, tetapi impian tersebut mestilah realistik. Sebagai contoh, jika anda hanya mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM 5000 sebulan, sudah tentu anda tidak lagi layak untuk memohon pembiayaan/pembiayaan rumah bernilai RM 1,000,000.
Bermula dengan apa yang ada diatas tangan dahulu, apabila nanti sudah berkemampuan, “upgrade” kediaman anda dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi sehingga mampu untuk memiliki mahligai idaman anda.
Dapatkan khidmat nasihat ejen hartanah berkenaan berapa harga rumah yang berpadanan dengan pendapatan anda.