5 Tips Untuk Membeli Tanah Lot Banglo
Antara jenis hartanah yang menjadi idaman ramai adalah untuk membeli tanah lot banglo untuk kegunaan di waktu pencen atau hari tua kelak. Berikut tips sebagai panduan untuk anda sebelum bertindak membeli sesuatu tanah lot banglo.
Geran Individu
Anda hendaklah memastikan tanah lot banglo yang hendak anda membeli mempunyai geran individu yang berstatus bangunan.
Jangan sesekali membeli tanah lot banglo dengan geran yang berstatus “geran kongsi” atau “lot lidi”.
“Geran kongsi” atau “lot lidi” merupakan tanah lot banglo yang amat berisiko untuk anda memiliki.
Jangan kerana harga yang murah akan menyebabkan anda rugi atau pening kepada di kemudian hari.
Antara masalah yang bakal anda hadapi apabila membeli tanah lot banglo tanpa geran individu:
- Tidak boleh mendapatkan pembiayaan pinjaman atau membuat cagaran kepada bank atau institusi kewangan lain.
- Kesukaran untuk menjual semula di kemudian hari.
- Pemilikan anda mungkin tidak sah disisi undang-undang.
- Tiada pulangan pelaburan.
Saiz Keluasan Tanah
Keluasan tanah lot banglo yang hendak dibeli hendaklah adalah diantara 4,000 kaki persegi hingga 15,000 kaki persegi. Ini merupakan julat munasabah untuk keluasan sesuatu tanah lot banglo.
Jikalau saiz tanah lot banglo tersebut dibawah pada julat tersebut, berkemungkinan ia merupakan lot lidi.
Manakala jikalau ia berada diatas pada julat tersebut, berkemungkinan ia adalah “geran kongsi” yang tanahnya berstatus pertanian.
Kawasan
Anda mestilah melakukan lawatan tapak sekurang-kurangnya 2 kali. Kawasan tanah lot banglo tersebut hendaklah mudah di akses dan bukan lokasi yang pendalaman yang tidak boleh diakses.
Kawasan tanah lot banglo yang terletak di kawasan pendalaman berkemungkinan akan terbiar dan tidak diduduki. Mana mungkin anda hendak membina rumah keseorangan tanpa kejiranan. Bukan?
Pemaju
Untuk tanah lot banglo yang ingin dibeli melalui pembangunan baru dari pihak pemaju. Pastikan pemaju tersebut merupakan pemaju yang mempunyai kredibiti dan keupayaan untuk menyiapkan projek tersebut.
Siasat dahulu latar belakang pemaju tersebut sebelum membuat apa-apa bayaran.
Infrastruktur
Pastikan tanah lot banglo yang anda hendak membeli mempunyai kelengkapan infrastruktur asas seperti jalan masuk, bekalan air dan elektrik, sistem pemparitan dan sebagainya. Jangan beli jikalau tanah lot banglo tersebut tidak dilengkapi dengan kemudahan asas yang dinyatakan diatas. Kos pembangunan kelengkapan infrastruktur asas ini menelan belanja wang ringgit yang amat tinggi.
Klik sini untuk melihat lot-lot banglo yang masih dibuka utk jualan.
Join The Discussion