• Free consultation on selling & buying properties.

Compare Listings

Apakah itu Ejen Hartanah Berdaftar

Apakah itu Ejen Hartanah Berdaftar

Apa itu ejen hartanah berdaftar?

Ejen hartanah berdaftar adalah pemegang lesen yang diberi kuasa untuk menjalankan urusan perniagaan melalui penubuhan syarikat/agensi atau secara individu berkaitan menguruskan proses jual, beli, sewaan mahupun pajakan berkaitan dengan hartanah. Lesen ini dikeluarkan oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Mereka ini tergolong daripada graduan universiti yang memiliki ijazah, diploma mahupun sijil yang berkaitan dengan hartanah. Mereka perlu menyiapkan tugasan-tugasan dan ditemuduga oleh pihak LPPEH sebelum melayakkan mereka memperoleh lesen tersebut. Ini untuk memastikan individu tersebut kompeten dalam menjalankan urusniaga apabila memperolehi lesen kelak.

Namun, lesen yang dikeluarkan boleh digantung atau ditarik semula dan dibatalkan jika pihak LPPEH mendapati standard yang ditetapkan tidak dipatuhi semasa menjalankan urusniaga.

Kenapa wujudnya ejen hartanah berdaftar dan LPPEH?

Untuk memastikan penipuan dan kerugian wang ringgit dapat dikawal dan dibendung. Dilaporkan, saban tahun kes penipuan dan kerugian wang ringgit yang melibatkan urusan berkaitan hartanah meningkat dari masa ke semasa apabila berurusan dengan “orang tengah”. Gejala seperti ini susah hendak dibendung jika tidak mempunyai badan atau pihak berkuasa yang boleh bertindak.

Oleh itu, bidang kerjaya ini merupakan bidang professional yang melibatkan urusan setiap lapisan masyarakat.

Apakah itu perunding hartanah?

Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator/REN) adalah individu yang dilantik dan dilatih oleh ejen hartanah berdaftar yang dinyatakan di atas. Slot yang dibenarkan oleh pihak LPPEH bagi setiap 1 lesen adalah seramai 30 orang sahaja bagi satu masa. Setiap perunding hartanah akan didaftarkan ke LPPEH dan akan diberikan  REN Tag untuk mereka gunakan sebagai kad kuasa apabila berurusan dengan pelanggan. REN tag tersebut lengkap butiran; nama penuh, nombor kad pengenalan, nama agensi dan nombor REN. Setiap perunding hartanah mempunyai nombor REN yang berbeza.

Ia menjadi tanggungjawab penuh oleh ejen hartanah berdaftar tersebut untuk memastikan perunding-perunding hartanah dibawah seliaan mereka kompeten dan mematuhi standard yang telah ditetapkan apabila menjalankan perniagaan dan berurusan dengan pelanggan.

Terma yang digunapakai di Malaysia?

Di Malaysia, terma yang biasa digunapakai oleh masyarakat umum untuk perunding hartanah adalah ejen hartanah. Ini adalah kerana, kebanyakan pemegang lesen ini banyak membuat kerja berkaitan pengurusan hal-hal berkaitan dengan agensi hartanah yang ditubuhkan dan juga melatih perunding-perunding hartanah dibawah seliaan mereka.

Bermula dari item dibawah, ejen hartanah yang saya maksudkan adalah perunding hartanah.

Siapakah yang melantik ejen hartanah?

Ejen hartanah boleh dilantik dari pihak penjual/owner/vendor ataupun dari pihak pembeli/buyer/purchaser. Untuk satu transaksi yang sama, ejen hartanah hanya boleh dilantik oleh satu pihak sahaja. Ia menjadi kesalahan apabila ejen hartanah mendapat lantikan untuk kedua pihak yang terlibat bagi satu transaksi yang sama. Maksudnya disini, ejen hartanah tersebut tidak boleh mengenakan bayaran kepada semua pihak yang terlibat untuk setiap transaksi hartanah.

Berapa bayaran professional fee ejen hartanah?

Setakat hari ini, fee yang dibenarkan oleh pihak LPPEH untuk dikenakan kepada pelanggan adalah hanya sebanyak 3% sahaja. Ini tidak termasuk dengan GST daripada harga yang dipersetujui samada belian atau jualan. Jika termasuk dengan GST, fee yang dikenakan hanya sebanyak 3.18%.

Selain dari professional fee, masih ada bayaran lain yang dikenakan?

Bayaran lain yang terlibat dalam transaksi tersebut boleh dikenakan apabila kedua belah pihak bersetuju semasa proses lantikan berlaku. Yang dimaksudkan adalah seperti kos pengangkutan, pemasaran,pengiklanan dan sebagainya yang terlibat dalam transaksi tersebut boleh dikenakan terhadap pelanggan.

Ejen hartanah perlu melampirkan kepada pelanggan sebagai contoh resit rasmi untuk membuktikan terdapat kos-kos lain yang terlibat.

Kebiasaannya, kos-kos lain ini ditanggung sendiri oleh pihak ejen hartanah atau sudah termasuk dalam bayaran professional fee yang dikenakan namun bergantung kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh pihak yang melantik.

Bidang tugas ejen hartanah?

Secara umumnya, bidang tugas utama ejen hartanah adalah untuk membantu dan memastikan matlamat atau objektif pihak yang melantik beliau dapat dicapai dengan jayanya. Sebagai contoh, memastikan rumah pelanggan berjaya dijual dengan harga yang ditetapkan atau mencari atau mendapatkan rumah idaman pelanggan dengan kriteria yang ditetapkan.

 ————————-

Adakah anda memerlukan khidmat ejen hartanah berdaftar untuk menguruskan hartanah anda? Klik sini.

 

Related posts

5 Tips Untuk Membeli Tanah Lot Banglo

Antara jenis hartanah yang menjadi idaman ramai adalah untuk membeli tanah lot banglo untuk...

Continue reading

Bagaimana untuk uruskan Penyewa Rumah Bermasalah?

Dengan keadaan ekonomi semasa yang agak mencabar ini. Untuk memiliki penyewa yang berkualiti bagi...

Continue reading

Freehold vs Leasehold

Anda mungkin agak keliru dengan dua terma utama berkenaan jenis pegangan hartanah yang terdapat di...

Continue reading

3 thoughts on “Apakah itu Ejen Hartanah Berdaftar”

  • A.hadi abdullah

    September 23, 2017 at 3:22 pm

    Alamat office tuan di mana?

    Reply
  • Ejen Hartanah: Panduan Lengkap Untuk Kerjaya Yang LumayanSaudagar Hartanah

    January 2, 2020 at 9:10 pm

    […] hartanah adalah individu yang memegang lesen kuasa untuk menjalankan transaksi hartanah menerusi penubuhan syarikat atau […]

    Reply

Join The Discussion

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.