Free consultation on selling & buying properties.

Skim MyDeposit 2018

Skim MyDeposit
Apa itu Skim MyDeposit

Skim MyDeposit adalah satu produk khusus yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika membentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2016) di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015.

“2000 unit rumah di bawah program MyDeposit untuk membantu pembayaran deposit…” – Petikan ucapan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib dalam pembentangan Bajet 2018.

Tujuan Skim MyDeposit

Membantu golongan pertengahan (M40) untuk memiliki rumah pertama. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.

Tempoh Permohonan Untuk Tahun 2018

Tempoh permohonan dibuka selama 2 bulan iaitu bermula 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018. Dan ia terhad untuk 2000 permohonan sahaja.

Syarat & Kelayakan Permohonan
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas.
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
  • Pendapatan kasar antara RM3,000 hingga ke RM15,000 sebulan.
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat selama 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah serta mendapatkan kelulusan pembiayaan perumahan.
  • Pembelian rumah adalah bertujuan untuk diduduki dan tidak boleh disewakan.
  • Sekatan Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan ke atas hakmilik rumah (Tidak boleh ditukar hakmilik sepanjang tempoh moratorium).
Kriteria Pembelian Projek Perumahan Yang Dibenarkan
  • Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja.
  • Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah sahaja.
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan.
  • Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK.

 

skim mydeposit

 

 

Moratorium
  • Tempoh sekatan moratorium yang dikenakan selama 10 tahun.
  • Syarat Moratorium dimasukkan dalam surat tawaran bersyarat.
  • Rumah tersebut tidak boleh ditukar hakmilik sepanjang tempoh moratorium.
  • Tempoh moratorium bermula daripada tarikh Surat Perjanjian Jual Beli (SPA) ditandatangani.
  • Sekatan moratorium akan dimasukkan dalam dokumen hakmilik rumah.

 

Info lanjut boleh layari: http://www.kpkt.gov.my

————————-
Adakah anda memerlukan khidmat ejen hartanah berdaftar untuk membantu urusan pembelian hartanah anda? Klik sini.

Join The Discussion

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Compare listings

Compare