• Free consultation on selling & buying properties.

Compare Listings

Freehold vs Leasehold

Freehold vs Leasehold

Anda mungkin agak keliru dengan dua terma utama berkenaan jenis pegangan hartanah yang terdapat di Malaysia.

Mungkin rakan sekerja anda mengatakan bahawa abaikan berkenaan dengan jenis pegangan untuk membeli hartanah; tak kisah sama ada freehold atau leasehold, yang penting adalah lokasi dan kemudahan yang terdapat di kawasan sekitar.

Manakala ahli keluarga anda pula mengatakan sebaliknya; jangan membeli hartanah leasehold, beli hartanah freehold sahaja. Abaikan berkenaan dengan lokasi, kemudahan dan sebagainya. Yang penting ianya mestilah hartanah freehold.

Ok. Bertenang (ambil nafas dulu…)

Dibawah akan diterangkan secara ringkas berkenaan apa itu yang dimaksudkan dengan freehold dan leasehold.

Freehold
  • Freehold atau maksudnya pegangan bebas merupakan jenis pegangan hartanah di mana tempoh pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya. Ini bermaksud bahawa pemilik bebas memiliki hartanah tersebut selamanya tanpa perlu dipulangkan semula kepada kerajaan negeri secara amnya.
  • Proses pindahmilik hartanah itu boleh dilakukan dari satu generasi ke generasi seterusnya tanpa ada masalah. Proses ini akan berulang dari generasi ke generasi mahupun untuk urusan jualbeli dengan pihak lain.
  • Di dalam dokumen hakmilik, pegangan bebas ini dikenali sebagai Geran atau Geran Mukim. Geran merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri manakala Geran Mukim merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah.
  • Lokasi hartanah jenis freehold kebiasaannya tidak terletak di tengah-tengah pusat bandar.
Leasehold
  • Leasehold atau maksudnya pegangan berstatus pajakan pula merupakan jenis pegangan hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan.
  • Tempoh pajakan adalah tidak sama bergantung kepada setiap negeri. Sebagai contoh di Selangor/KL, secara puratanya tempoh pajakan selama 99 tahun.
  • Proses pindahmilik hartanah itu boleh dilakukan seperti juga freehold, tetapi perlu mendapatkan kelulusan bertulis (consent) dari pejabat tanah walaupun melibatkan ahli keluarga.
  • Lokasi hartanah jenis leasehold kebiasaannya terletak di lokasi yang cukup strategik iaitu di tengah-tengah pusat bandar.

 

Anda sudah jelas dengan perbezaan yang terdapat diantara freehold dan leasehold?

Pendapat peribadi penulis pula adalah jenis pegangan hartanah bukan kayu ukur pertama yang perlu digunakan semasa hendak membeli hartanah. Sebaliknya adalah bergantung kepada “big why” kenapa anda mahu membeli hartanah tersebut. Tak kisah sama ada mahu membeli untuk kegunaan sendiri mahupun tujuan pelaburan, hartanah tersebut mestilah mempunyai “investment value”.

Different people, different strategy.

————————-
Adakah anda memerlukan khidmat ejen hartanah berdaftar untuk membantu urusan pembelian hartanah anda? Klik sini.

Related posts

5 Tips Untuk Membeli Tanah Lot Banglo

Antara jenis hartanah yang menjadi idaman ramai adalah untuk membeli tanah lot banglo untuk...

Continue reading

Bagaimana untuk uruskan Penyewa Rumah Bermasalah?

Dengan keadaan ekonomi semasa yang agak mencabar ini. Untuk memiliki penyewa yang berkualiti bagi...

Continue reading

Bajet 2019 Untuk Sektor Hartanah

Bajet 2019 telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia yg baru; YB Lim Guan Eng pada ...

Continue reading

Join The Discussion

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.