Dengan keadaan ekonomi semasa yang agak mencabar ini. Untuk memiliki penyewa yang berkualiti bagi unit pelaburan hartanah seperti rumah merupakan satu cabaran. Bukan kerja yang mudah.
Tuan rumah mempunyai 2 cara untuk mendapatkan penyewa; mencari sendiri atau melantik ejen hartanah berdaftar.
Satu kejayaan & tuah untuk tuan rumah jika dapat memiliki penyewa yang berkualiti atau dipanggil sebagai penyewa dari syurga.
Sebaliknya, malapetaka atau malang untuk tuan rumah jika penyewa yang disangkakan berkualiti ini merupakan penyewa rumah yang bermasalah (penyewa puaka).
Terdapat beberapa indikator untuk menentukan penyewa tersebut tersebut berkualiti atau tidak. Sebagai contoh; tidak mempunyai masalah membuat bayaran deposit sebelum masuk rumah,
membuat bayaran sewa pada tarikh yang telah ditetapkan, mempunyai latar belakang pekerjaan yang baik, tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi jika berlaku sesuatu masalah dan lain-lain.
Tetapi, apakan daya. Manusia ini punyai 1001 perangai yang susah untuk dijangka.
Jika anda mempunyai penyewa rumah bermasalah(penyewa puaka). Apakah cara dan tindakan yang sah disisi undang-undang Malaysia?
Berikut adalah cara-cara yang anda boleh ambil secara ringkas setelah hasil rundingan tidak berjumpa jalan penyelesaian:
Civil suit
– Tujuan utama adalah untuk mendapatkan bayaran balik hutang sewaan tertunggak atau kerosakan yang telah dilakukan oleh penyewa puaka.
– Bayaran berbentuk pampasan
– Cara yang paling efektif.
– Kos yang tinggi perlu ditanggung oleh tuan rumah untuk membayar peguam.
Distress order
– Tujuan utama adalah untuk merampaskan barang-barang berharga milik penyewa puaka ini untuk membayar balik hutang tertunggak kepada tuan rumah berdasarkan arahan mahkamah.
– Kurang efektif jika dibandingkan dengan civil suit.
–Â Kos yang sederhana tinggi perlu ditanggung oleh tuan rumah untuk membayar peguam.
Letter of Demand
– Tujuan utama adalah untuk mengertak atau memberi amaran secara keras kepada penyewa puaka supaya melunaskan segala hutang yang tertunggak.
– Kurang efektif jika dibanding dengan distress order.
– Kos yang minima perlu ditanggung oleh tuan rumah untuk membayar peguam
Eviction Order
– Tujuan utama untuk adalah untuk mengeluarkan penyewa puaka dari rumah.
– Kos yang sederhana tinggi perlu ditanggung oleh tuan rumah untuk membayar peguam.
Nasihat penulis, dapatkan dahulu khidmat nasihat dari peguam hartanah apakah tindakan yang sesuai perlu diambil berdasarkan kronologi kes yang anda hadapi.
Boleh hubungi penulis jika memerlukan khidmat peguam hartanah.
——————