Free consultation on selling & buying properties.

6 Langkah Membeli Rumah Pertama

membeli rumah pertama

Ramai orang takut untuk membeli rumah pertama. Ada orang kata prosedur beli rumah ni susah dan leceh!

Benar, kerana membeli rumah merupakan komitmen terbesar seseorang perlu ambil dalam jangka hayatnya. Bukan sahaja amaunnya yang besar, tempohnya juga panjang hingga mencecah 35 tahun.

Prosedurnya tidak semudah membeli ikan di pasar.

Di sini, saya ingin kongsikan langkah-langkah yang anda perlu tahu dalam proses pembelian hartanah,

Jika anda kuasai langkah-langkah ini,  anda akan lebih berani dan tenang dalam pencarian seterusnya membuat pembelian rumah pertama anda.

LANGKAH 1 : Mengetahui Kelayakan Pinjaman anda

Ini perkara paling asas anda kena tahu, supaya anda boleh buat pemilihan rumah yang betul. Kalau kelayakan loan kita hanya setakat RM300,000; janganlah pula survey rumah yang harga RM500,000. Kan tak kena tu.

Caranya, anda hanya perlu walk-in ke beberapa bank, kerana lain bank lain cara pengiraannya. Cari pegawai yang buat loan perumahan dan minta mereka tolong kirakan kelayakan pinjaman. Mereka akan tanya berapa gaji bersih, komitmen lain, jumlah simpanan dan sebagainya. Dari situ mereka akan beri jumlah secara kasar berkenaan maksimum pinjaman yang anda layak,

Atau cara kedua yang lebih mudah, anda cari mana-mana ejen hartanah dan minta mereka tolong kirakan. Ejen hartanah adalah golongan yang kerja hakikinya menguruskan jual beli hartanah, Antara perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah cara pengiraan kelayakan pinjaman pelanggan.

LANGKAH 2 : Survey Rumah

Setelah tahu kelayakan pinjaman, langkah seterusnya ialah mencari rumah yang sesuai dengan budget anda.

Cara yang paling mudah untuk bermula ialah melalui carian di website-website hartanah seperti mudah.my, propertyguru.com.my, iproperty.com.my, website pemaju hartanah dan sebagainya.

Anda juga boleh melawat galeri jualan untuk mana-mana projek perumahan baru.

Cari lokasi yang bersesuaian dengan anda seperti dekat dengan tempat kerja, sekolah anak-anak, ada kemudahan asas dan sebagainya.

Shortlist beberapa pilihan, dan akhir sekali pilih satu yang benar-benar menepati kriteria anda.

LANGKAH 3 : “Booking” Rumah Pilihan

Seterusnya, anda perlu letak “booking” untuk “lock” rumah pilihan anda. “Booking” ini penting sebagai tanda komitmen pembelian anda terhadap hartanah itu.

Jumlahnya berbeza mengikut jenis hartanah yang anda pilih.

  1. Pasaran Pertama atau lebih dikenali sebagai Primary Market (hartanah yang masih dalam pembinaan, dijual oleh pemaju hartanah) : bergantung pada pemaju dan pakej jualan. Kadar “booking” dari pihak pemaju letakkan diantara serendah RM500, RM1,000, RM5,000 dan seterusnya.
  1. Pasaran Sekunder atau lebih dikenali sebagai Secondary Market (Subsale, beli rumah atas orang atau terpakai) : normal praktis yang diamalkan di Malaysia ialah sebanyak 3.18% dari harga jualan yang dipersetujui. Contohnya jika harga rumah RM300,000, maka booking atau earnest deposit perlu disediakan adalah sebanyak 3.18% x RM300,000 = RM9,540.
  1. Pasaran Lelong : anda perlu rujuk pada Proclamation of Sales (POS) lelongan tersebut. Kebiasannya adalah 5% atau 10% dari harga bidaan.
LANGKAH 4 : Mohon Pinjaman

Langkah seterusnya untuk membeli rumah pertama adalah mohon pinjaman bank. Anda boleh pilih sama ada nak uruskan sendiri atau minta ejen hartanah mahupun  uruskan.

Antara dokumen yang diperlukan ialah :

  1. Salinan IC
  2. Slip gaji terkini 3 bulan
  3. Penyata bank terkini 3 bulan
  4. Penyata tahunan KWSP
  5. EA Form (jika perlu)
  6. Surat pengesahan dari tempat bekerja
  7. Dokumen sokongan seperti ASB, Tabung Haji, simpanan dan sebagainya

Tips, mohon ke beberapa bank supaya anda ada pilihan yang mana satu boleh berikan anda tawaran terbaik seperti kadar faedah yang kompetitif dan sebagainya.

Setelah permohonan anda diluluskan, anda perlu tandatangan “Letter Offer” dari bank tersebut.

Jikalau, pemohonan gagal. Ada beberapa perkara yang perlu anda semak semula.

LANGKAH 5 : Tandatangan Perjanjian Jual Beli

Untuk pasaran subsale dan lelong, anda berhak untuk melantik peguam sendiri. Nasihat saya, pilih peguam yang berkaliber atau biasa menguruskan jual beli hartanah. Agar tidak berlaku kelewatan atau perkara tidak diingini sepanjang proses penukaran hakmilik.

Jika anda tiada kenalan peguam, minta nasihat ejen hartanah kerana kebiasaannya mereka ada network dengan peguam-peguam yang biasa mereka berurusan.

Bagi pasaran primary market pula, kebiasaanya anda perlu menggunakan peguam panel yang dilantik oleh pemaju. Namun, anda tetap berhak melantik peguam anda sendiri, namun anda perlu tanggung kos fee guaman.

LANGKAH 6 : Tunggu Urusan Selesai / Rumah Siap

Langkah yang terakhir membeli rumah pertama ialah menunggu proses penukaran hakmilik selesai bagi subsale dan lelong, atau rumah siap bagi pasaran primary market.

Setelah semuanya selesai, anda akan diberi notis ‘Vacant of Possession’ dan seterusnya urusan penyerahan kunci.

Maka sah lah diri anda sebagai pemilik hartanah dari segi undang-undang.

Saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat, agar anda lebih bersedia dalam proses pembelian rumah pertama anda.

Nasihat saya kepada bakal pemilik hartanah, belilah rumah di usia muda. Makin kita berumur, makin singkat loan, makin tinggi bayaran bulanan pinjaman anda. Dan berdasarkan trend pasaran hartanah Malaysia, harga rumah sentiasa meningkat setiap tahun. Jadi waktu yang terbaik untuk beli rumah pertama adalah sekarang.

————————-
Adakah anda memerlukan khidmat ejen hartanah berdaftar untuk membantu urusan pembelian hartanah anda? Klik sini.

Join The Discussion

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Compare listings

Compare